Rabu, 24 Februari 2010

Untukmu Muhammad (Puisi sempena maulidur rasul)

Nur itu turun menerangi,
Membuka lipatan sejarah,
Makkah bersinar memalapkan api majusi,
Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi,
Di bahu-Mu hujan maha lebat membasahi,
T
ugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat,
Cakerawala tersenyum lambang diri kami,
Akulah kami penuh pengharapan.

Nur itu turun menerangi lagi,
Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!!
Muhammad diam...bungkam dalam kelamnya hira’,
Membalut lembar selimut meliputi tubuh,
Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh,
Membuang segala makruh,
Lalu iqra’ pun mengalir,
Di bibir para sahabat,
Di lidah membasahi hati para syuhada’,
Dalam debu melingkar nurani anbia’,
Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan as-sunnah,
Tumpah membasahi lautan ummah,
Akulah ummah.

Kini nur itu turun lagi menerangi,
Menghampar masa membuka gapura cerita,
Cerita sayu umatnya yang menderita,
Akulah ummat Muhammad,
Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba.

8 ulasan:

  1. Salam, boleh beri kebenaran saya nak pinjam puisi ni? Semoga anda dalam rahmatNya sentiasa=)

    BalasPadam
  2. masya Allah..indahnye bhase ! sye hrap anda izinkn utk sye gnakn puisi ini utk ptndingan di skolah sye yea....syukran :)

    BalasPadam
  3. Izinkan saya share puisi ini...tq

    BalasPadam
  4. Subhanallah. Indah sungguh puisi ini.

    Salam. Mohon kebenaran gunakan puisi ini untuk pertandingan mendeklamasikan sajak sempena Maulidur Rasul :)

    BalasPadam
  5. Mohon untuk gunakan puisi ni dalam sambutan maulidur rasul sekolah saya ye

    BalasPadam
  6. Boleh tak saya pinjam puisi ni untuk pertandingan di sekolah saya nanti pada hari sabtu 14 hari bulan febuarini saya nak menang pertandingan itu boleh.

    BalasPadam